8 Februari 2017 - 18:31
Pope Francis Kecam Kekejaman Ke Atas Umat Islam Rohingya

Pope Francis telah mengeluarkan kecaman keras terhadap kekejaman yang berlaku ke atas kaum Rohingya di Myanmar.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pope Francis telah mengeluarkan kecaman keras terhadap kekejaman yang berlaku ke atas kaum Rohingya di Myanmar.

Di dalam kenyataan yang dibuat pada hari Rabu, pemimpin dunia Katolik itu berkata bahawa kumpulan etnik minoriti itu dibunuh "semata-mata kerana mereka mahu menghidupkan budaya dan kepercayaan mereka."

Beliau juga berkata bahawa puak minoriti itu terpaksa "berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain semata-mata kerana tiada pihak yang mahukan mereka."

"Akan tetapi mereka adalah manusia yang baik, cintakan kedamaian. Mereka bukan penganut Kristian. Mereka orang baik. Mereka adalah saudara kita," kata beliau.

/315